Saturday 11 June 2011

Kecerdikannya membela islam

Pada suatu ketika, tatkala imam Abu Hanifah masih kecil lagi (belum baligh), telah datang seorang Dahri (ahli muktazilah), hendak menguji kepintaran ulama islam ketika itu. Pada masa itu imam Abu Hanifah berguru dengan imam Hamad.
Kedatangan Dahri itu, semata-mata ingin berhujah tentang keesaan Allah. Malangnya semua cerdik pandai Islam ketika itu tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh Dahri itu. Hanya tinggal imam Hamad sahaja yang belum menjawab soalan tersebut. Maka khalifah ketika itu memerintahkan imam Hamad  bersedia untuk berhujah dengan Dahri itu pada waktu yang ditetapkan.
Masa berlalu hinggalah tiba sehari sebelum waktu yang dijanjikan untuk bertemu dengan Dahri tersebut. Imam Hamad kelihatan bersusah hati memikirkan perkara tersebut. Hal ini diperhatikan oleh imam Abu Hanifah, murid yang disayangi gurunya. Bertanya imam Abu Hanifah ” Wahai tuan guru, saya lihat tuan dalam keadaan susah hati, apakah gerangan yang menyebabkan tuan bersusah hati?”…..
Guru kesayangan imam Abu Hanifah itu pun menceritakan tentang Dahri yang memutar belitkan tentang keesaan Allah. Lalu imam Abu Hanifah pun menawarkan diri untuk menolong imam Hamad berhujah dengan Dahri tersebut.Maka mereka berdua pun berjalan ke tempat berhimpunnya orang ramai yang menyaksikan majlis soal jawab itu.
Dahri tersebut naik ke atas mimbar dengan sombongnya, berkata ” Siapakah yang akan menjawab pertanyaanku ini?”…
Imam Abu Hanifah seraya menjawab” Kemukakan soalanmu itu, nescaya orang yang mengetahui akan menjawabnya.” Dilihat oleh Dahri, budak kecil yang menjawab, lantas dengan angkuhnya dia berkata” Siapaka engkau hai kanak2…..? Sedangkan ulama2mu yang memakai kain kemegahan dan lengan baju yang luas itu pun mereka aku kalahkan, inikan kamu yang belum berumur dan hina pada pandanganku..”
Dengan tenang imam Abu Hanifah membalas ” Allah tidak menilai ketinggian dan kebesaran seseorang itu pada serban yang besar, kain yang megah dan lengan baju yang luas. Akan tetapi Allah menilai mengikut sepertimana firmanNya yang bermaksud “mereka yang mempunyai ilmu itu mempunyai beberapa darjat”.